Friday 20 May 2011

Al-Fatihah buat blogger Hakim AKA Telor

Entri kali ni, tuan blog nak cakap tentang hidup dan mati pulak. Entri kali ni digerakkan hati dengan berita yang sangat mengejut, iaitu pemergian seorang sahabat, Abdul Hakim Mohd Kamal, seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota, course Bach in Security System. Beliau, yang dikenali sebagai seorg yg rendah diri & hormat lecturer, amat disenangi oleh ramai lecturer dan rakan taulannya. Arwah dikatakan menghembus nafasnya pada pagi tadi (Khamis, 19 May 2011) akibat kesukaran bernafas.

Bagi dunia blogging pula, pemergiannya sangat2 dikenang. Nukilan & coretan berguna, dan selalunya kelakar, pasti tidak dapat dilupakan. Ramai pengikut (follower) di blog www.telordibasuh.blogspot.com sampai hampir mencecah 5000 orang. fuh~







kredit to http://footballcrazie.blogspot.com


Siapa sangka, post arwah 15 May lalu yg mana tuan blog sempat baca 2minit lepas entry beliau direleasekan, itu entri arwah yang terakhir. Tuan blog mengenali arwah tapi tak tahu mula-mula itu blognya. Tuan blog masih lagi terkejut actually, tapi menyeru, semua bloggers hendaknya dan seluruh manusia sejagat, mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman.

Buat yang masih hidup, sy mengucapkan selamat berblogging secara berhemah dan tatatertib. Walaupun saya tidaklah hebat memblog seperti arwah, tapi, BLOG ADA ETIKANYA. Jangan lah kita yang masih hidup ni terlampau suka dan mengenang yg duka hidup didunia. Manusia ini banyak coraknya, banyak warnanya. Tuhan itu maha sempurna, menciptakan ciptaannya pelbagai rupa dan perisa. Ada yang tinggi, ada yang kecil, ada yang putih, ada yang sawa matang, ada yang besar dan ada juga yang renek, tapi, semuanya hebat belaka, bijak dan cukup cantik kurniaanNYA :)

Oleh yg demikian, sy selaku tuan blog ingin mengingatkan kite semua, so that kite boleh beringat-ingat kuasa YANG MAHA ESA. Hari ini mungkin kita boleh menulis sampah di ruang blog, esok mungkin orang lain bercerita, mengarang mengenai pemergian kita, mungkin. siapa tahu? So, banyak-banyak kan berzikir, beringat kepadaNYA dan tinggalkan laranganNYA, JANGAN TINGGAL yang disuruh hendaknya.

notakaki: maaf, sekiranya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak dengan coretan sampah saya.

2 comments:

scya lollita said...

alfatihah untuk arwah (':

PutRy FaRa said...

alfatihah..mcm pnh jumpe arwah ni..myb mase program kot